Friday, August 23, 2013

A New Blog, Another Journey

Assalam. Selamat hari raya to all. I wish u all the best in fighting infertility. Inshaallah, everything will sail smoothly. I have blogged some stories in my new blog. If you feel like reading and unveil the stories, you can visit here

This old blog (I mean this blog) is meant for my TTC stories, experience, sharing thoughts but another chapter is waiting for me. So, I decided to create another blog so that they won't mixed up.

Lastly, I pray for each TTCian to succeed in what ever you've tried and put your efforts. Baby dust to all! ♥

Friday, August 2, 2013

Post-raya Activity: Towards A Healthier Lifestyle

There's a fact that says, Exercise can help you get pregnant. I am trilled to start cycling after raya with husband. Yes, I have promised myself to practice a healthier lifestyle. Exercise can lower blood pressure, lessen anxiety (this is what I'm facing right now), treats depression (and this one too). 

Then I will start playing tennis (after 17 years). Not sure if I manage to hit the ball or just running here and there picking the ball. LOL.

"A study from the University of North Carolina, US, has shown that women who were most active before fertility treatment were three times more likely to conceive as women who were least active. And it doesn’t have to be strenuous exercise. Even doing housework can raise a woman’s chances of getting pregnant."

Va-va-voom! Great huh? Plus, we can shed our excessive weight. I have to be extra cautious in consuming my daily food. I also have this thought of buying Shaklee Cinch Shake. Have to watch my diet. But raya dishes are so tempting, I just couldn't help myself. Love beef rendang, ketupat, sambal goreng Jawa. Mabeles i tell u.... Aku ni half Jawa, makanya aku sukakan tempe! Hihi.

Dear all TTCians, selamat hari raya. Will left my blog empty for 2 weeks, as I will be fully occupied during raya hols. Remember, watch our meal, jangan belasah santan banyak2 ye! Supplement pun jangan dilupa raya2 ni.. XOXO~


P/S: Yippi, hari ni last kerja. Minggu depan dah cuti! Let's do some baking business!




Wednesday, July 31, 2013

Persediaan Mental & Emosi Menjelang Lebaran

Wah..tajuk.. Aku rasa aku dah bersedia utk menjawab segala persolan yg cliche oleh sedara-mara aku.

"Dah setahun kawin kan, dah ada isi ke?"

"Dah tembam ek awak sekarang, ada isi eh?"   cis, janganlah kaitkan ketembaman aku. iolss terasa tau.

Aku ada mengadu jugak kat mama pasal lambat nak conceive ni. Mama aku cakap, "Apelah awak ni. Jangan dengar sangat cakap2 orang. Tak mau stress2."

"Kalau ada orang tanya, awak senyum & jawab, belum rezeki lagi kak. Doakan saya ye."

Ha, aku akan practice utk jawab macam tu. Terus terang aku cakap, aku tak pernah plan utk tangguhkan nak ada baby. Staf aku ingat aku plan sebab tengah pulun nak siapkan master. No, no, no. Tak pernah terlintas pun nak delay, kalau boleh nak cepat ada baby. 

Both me and husband suka sangat baby. It's pretty obvious asal kat shopping mall nampak baby stroller, mesti nak usha curi2 tengok baby tu. Hihi

Alhamdulillah, sekarang dah takde emotional breakdown. Aku tau, aku harus upgrade and improve ibadah. Tak boleh lewatkan solat. Astaghfirullah alazim 3x.

Hari ini, masih menanti samada period or preggy. Simptom banyak makan waktu moreh [checked], nipple sore [checked], bloated [checked], rasa nak marah [checked]. Kalau period pun tetap bersyukur sebab boleh continue medication and treatment dgn gynae.

Selamat menyambut Syawal kepada semua. Sambutlah dengan minda yg positif!

WW: Scrumptious Much?

Tengah tengok2 calendar nak apply cuti raya, terpandang pulak ads ni

Saturday, July 27, 2013

Rootbeer Madness

I complaint to husband that i no longer had fun enjoying A&W rootbeer float. They now serve the rootbeer in paper cups! No more huge glass mug. We had paper cup rootbeer at AEON bkt indah jb. It was very disappointing!

"Yang, kat Seremban je yg still guna mug. Nanti balik n9 saya bawak awak gi A&W somban ye.."

Finally the husband brought me to his favorite place since childhood. I was happy because i finally could sip my favorite A&W rootbeer float with double scoop vanilla ice cream in a huge glass mug. Terima kasihlah suami sudi layan kerenah isteri ni. 

Bila dah balik rumah, asyik2 teringat roorbeer float yg mabeles tu. So, one fine day, husband bought a bottle of A&W rootbeer. And we made our own version of A&W rootbeer float with more ice cream! Yay-ness! 

Thursday, July 18, 2013

Set Kesuburan Shaklee: Siapa Pernah Try?

Sekarang ni aku dah hari ke-4 consume GLA shaklee. Ni baik utk wanita, katanye... Ada lagi supplement shaklee yg bagus utk TTC tak? Siapa pernah try? Boleh bg review? Ramai jugak yg berjaya conceive lepas ambil supplement kesuburan shaklee ni. Tu yg aku lagi teruja nak try tu.

Saje nak update weekend projek, nak buat roti jala, bawak pegi rumah MIL. Best lak tgk Su buat roti jala haritu. Esok office bg cuti renew kontrak. Weehuu. Boleh masak nasi minyak + ayam masak merah for hubby. Seronok tengok dia makan bersungguh2. That's how I cosset my husband. Bulan-bulan puasa ni sibuk dok google resepi. Excited tunggu weekend nak masak beriya2.

Friday, July 12, 2013

Cerita Ramadhan Ini Kalilah!

Alhamdulillah. Today is 3 Ramadhan 1434H. How's your Ramadhan peeps? I managed to cook Laksa Kelantan on 1 Ramadhan. Dapatlah my close neighbour merasa air tangan aku yg tak seberapa ni. Hekhek. We went to Bazar Ramadhan that evening, end up buying a lot of food for iftar. Nafsu 1 Ramadhan biasalahhhh. Husband siap beli nasi tomato lagi padahal laksa dah buat kat rumah. Just when we got home, my neighbour pulak sedekah nasi kerabu yg dia buat. She's a Kelantanese. Memang pure rasa nasi kerabu tu unlike those sold at pasar malam. The funny thing is that, aku ni buat Laksa Kelantan (ala yg kuah dia putih2 bubuh santan tu) pastu bg sikit kat jiran Kelantan tu. Haha. Siap cakap dgn dia, "Tak taula apa rasa...". Yelah, nak rasa2 masakan time puasa2 ni makruh. So, tawakal je bubuh garam. FYI, aku ni kuat masin. Dok teragak2 jugaklah nak bubuh seasoning kat kuah laksa tu. Bila berbuka tu cepat2 makan laksa sebab nak rasa kuah. And syukur, it was just nice! 

Dah 2 hari jugak kami ke bazar kat tengah bandar. Siap cakap kat husband semalam, hari ni kita kena spend less than rm20. Tapi last2, ada terlebih rm2.40. Gara-gara aku terliur tengok sotong goreng tepung. -_-" So hari ni beli jugak la kat bazar. Harap2 tak overspend dan membazir. Ish.. Ibadah nak upgrade, tapi membazir makanan pulak. Apa ke halnya?

How's your tarawikh? Let's upgrade our ibadah and pray a lot. Bulan yg mulia ni doa2 mudah dimakbulkan. Especially us, the TTCians. Usaha dan tawakal ye. Aku akan start balik consultation dgn Dr Murad lepas raya ni. Dr Murad nak bg clomid 3 biji sehari + FSH injection selama 5 hari berturut2. "Nampaknya, nak kena agresif sikit ni. Sebab clomid ni tak bape nak bg respon kat u..". Tu yg Dr Murad bagitau haritu masa gi JMSC minggu lepas. Telur takde lagi. Balik rumah menangis aku. Ah..aku tak boleh tahan la.. Sedih sebab dah 2x scan still takde telur. Haritu jugak 1st time aku buat TVS without husband around. Nak buat macam mana, hari tu husband ada visit dari auditors, so tak boleh nak keluar. 

Hm..weekend ni apa projek korang? Aku dah siap buat list dah. Sabtu ni nak pegi beli gobok kasut. Geram dengan shoe cabinet IKEA, tapi apakan daya, jauh la. Tak dapek la den nak poie. Then nak beli bahan2 masak sebab nak buat nasi jagung + kurma ayam. Husband's fav! Ahad pulak nak buat puding kastard. (Gulppp.. terliur pulak). Err..hari ni rasa lemau + ngantuk sebab hari ni terlepas sahur. -_-" 

Sunday, July 7, 2013

Pasrah

Sedihnya Allah je yg tau bila gynae buat tvs jumaat lepas tp ovum kecik2.
Increased dosage didn't help much.
Allah blom nak bg rezeki lg tu.
Dr Murad kata nak kena start bg FSH jab lps raya.
Tu pregnyl ke?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 2, 2013

The Holy Month Is Approaching

Assalam peeps. How's your mental preparation towards the arrival of Ramadhan? Alhamdulillah, aku dah berjaya ganti puasa. 

Biasalah, menjelang Ramadhan, para isteri mesti fikir, Apa menu sahur?, Nak buat kuih apa utk buka puasa?.

Yang nak saya buat kuih apa?
Kuih popiah pun best. Pastu bulan puasa nak beli kuih Ninja Turtle?
Hm? Ninja turtle?
Ala, yg color hijau n ada yg berlauk tu.
Ohhhh, tu kuih cara berlauk!

Tahun ni berazam nak banyak terawih, improve ibadah. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu rahmat kpd kita semua n dikurniakan rezeki khususnya utk TTCian.

Oh, yg sedang giat TTC, teruskan usaha, make sure supplement cukup. Walaupun puasa, usaha TTC tetap usaha!

Happy Ramadhan Kareem to everyone!

Friday, June 28, 2013

Review: Tunamaya Beach n Spa Resort, Tioman

Bulan Mei lepas, kitorang dah pegi ke Tunamaya, Tioman sempena anniversary yg 1st. Start jatuh cinta dgn resort ni masa review kat TripAdvisor. Thanks to u! Jom tengok gambar ni:



Tanjung Gemok Jetty, Rompin

Transfer boat interior

Tunamaya Resort Jetty

Resort view

Infinity pool

Dinner on Day 1. Pardon my face expression!

The cafeteria n bistro

Jalan2 kat jeti waktu malam

How peaceful!

Tada!! The room deco. I requested for this

Tunggu boat untuk pegi Pulau Tomok n aktiviti snorkel

Jeti Tunamaya. Buggy dah siap tunggu utk hantar luggage ke bilik

Enjoyed the 1-hour complimentary full body massage. Heaven!

Lewat petang tunggu sunset

Lauk2 dinner hari 1

Sibuk whatsapping sementara wifi signal kuat. Sini takde coverage.


  1. Resort dgn pemandangan sangat cantik
  2. Staff semua friendly
  3. Makanan sedap
  4. Privacy (sesuai untuk honeymooners)
  5. Aktiviti best
  6. Resort ni most of the time bila nak berurusan dgn management or staff, kena guna English
  7. Sangat ramai mat saleh (konfius jap, kitorang ni kat mane?)
  8. Coverage takde. So no 3G.
  9. Harga agak pricey. 

Sorry, sequence gambar bersepah. Malas nak edit2. Janji dapat share dgn korang. So, for more info, please click here.

Wednesday, June 26, 2013

Kegilaan Apakah Ini

Gila! Aku cakap dalam hati. Haritu kat head office ada meeting pembentangan bajet 2014 untuk research. Kaw-kaw permohonan aku kena reject macam tu. Katanya, expenditure tu terlalu banyak, so apply kepada board projects. Grrr. Aku geram. Sebab penat menunggu meeting yg panjang, tambahan pulak application ditolak. Macam mana nak buat research kalau takde duit? Last-last aku tinggalkan bilik meeting bila group aku dah settle present bajet. Maleh den nk menunggu lamo2. Hati dahla paneh. Baik balik Johor jumpa laki aku.

Gila! Aku ni masih dok kat takuk lama. Yelah, ada certain kerja yg aku suka procrastinate. Especially report writing and scientific paper synthesis. Hoi Nina, silalah sedar yg dah 4 tahun paper masih belum publish. Habuk pun tadak! Kalau buat management aku laju je. Ntah la kegilaan apa ni. Aku macam penat jadi saintis. Korang pernah tak alami bangun pagi2, bila nak ke office tu kata, "Harini aku nak buat ape eh?". Ha, macam tu la yg aku rasa kadang2 setiap pagi. Gila kan?

Gila! Aku ni suka tidur. Asal balik lunch break, harus landing di katil, nap dalam setengah jam. Asal balik office kul 5, masuk rumah tukar baju, bam-bam jap. Lepas maghrib, bam-bam lagi depan tv. Lepas dinner pun, bam-bam lagi. Haishhh. Patutlah kau tembam Nina! 

Gilaaaaa! Sedar tak sedar ni dah sem 4 aku kat graduate school. Gila tak sebab aku belum mula Bab 1? Bilalah tangan ni nak gigih mengetuk keyboard. Malam2 stay up buat thesis? Takdenya, kat rumah schedule aku lain. Jadi, bilanya ko nak siapkan thesis Nina oi???

Gila cekal! Aku baru tau yg Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) tu dibina sebab beliau sendiri pernah mengalami 16 kegagalan utk conceive plus 6 miscarriages. Sekarang, dia berjaya membesarkan 6 orang healthy and happy children. What a bliss! 

Gila! Jerebu akibat perbuatan bodoh beberapa syarikat di Sumatera buat kami semua sesak nafas, batuk2, selesema, sakit tekak. Semalam Johor dilimpahi hujan rahmat. Alhamdulillah. Dapatlah kurangkan jerebu. Esok2, bila dah subside, aku dan husband nak start cycling balik. Weehoo!


Monday, June 24, 2013

Clomid Aturkan Semula Haid: Fakta atau Auta

Dengan sukacitanya, pada Sabtu lepas AF telah datang jenguk aku untuk Cycle 3. Clomid masih on, tapi increased dosage. CD12 ni kena datang jumpa Dr Maurad lagi untuk buat TVS. Alhamdulillah, syukur AFdatang selepas 37 hari. Husband pun happy sebab period dah makin 'behave'.

Persoalannya, adakah Clomid yg aku dok telan sebelum2 ni dah tolong betulkan period aku yg dulunya haywire? Korang tak rasa macam tu ke? Syukur jugak, sekarang aku dah berjaya tangani stress. Yes, stress inhibits hypothalamus function. 

Aku harap semoga Ramadhan tahun ni membawa keberkatan dan dikurniakan rezeki anak. Amin..




Friday, June 14, 2013

Rasa Malas Nak Fikir Dah..

2 minggu lepas, kesihatan aku teruk. Demam yg panjang dan berbalik2 pulak. Hujung Mei dah start batuk teruk. Kena bila lepas balik Tioman hari tu. Batuk yg sakit dada dan pening kepala. Chesty cough. Hari Khamis tu aku MC sbb tak larat. Husband dah tolong bawak balik ubat dari hospital sehari sebelum tu. Tapi tak jalan. Keadaan lg teruk bila pegi Kota Bharu pd 1 Jun haritu. Travel naik bas from Kluang to KL, badan rasa dedar2 je. batuk toksah ceritala... Tahap teruk punya. Tunggu pulak kat LCCT. Damn, ramai umat manusia. Sesak nafas aku. Dah macam bus stand dah. 

Bukan nak kutuk ke apa, haritu 1st time aku ke LCCT. Teruknya la amenities dia. Toilet kotor. Aku cakap kat husband,"This is what we get when we pay less.". Nak tempat kondusif, kita naik MAS next time. Maghrib touch down kat Kota Bharu. Badan dah start panas. Malam tu terus demam. Panas badan. Bila bersalam dan peluk makcik2, semua suruh rehat. Esoknya, terus gi klinik. Sampai balik Kluang pun, still belum recover. Last2 MC lagi 2 hari. Terus gi KPJ. Alhamdulillah, batuk makin baik, selesema je belum reduce. 

Dah 2 minggu jugaklah, usaha TTC terabai. BBT mmg dah tak amik lagi sebab demam. Suhu memang tinggi. Tak boleh nak indicate apa2. 2 minggu jugaklah, dah jadi malas nak telan asid folik, pati delima dan VCO. Sebab banyak sangat ubat kena telan sebab demam.

Sampai ke hari ni, aku rasa malas betul nak check BBT. Maybe my gynae was right. "U tak payah fikir pasal BBt ni, buat u lagi pening." So, sekarang aku dah stop amik BBT. To my surprise, time badan tak sihat minggu lepas, boleh pulak ada mucus EWCM. Sangat lama aku tunggu. Terus bagitau husband, "Saya rasa saya ovulate.".

Sekarang, dah malas nak baca2 artikel pasal TTC, sebab tak nak rasa stress. Ikut je flow. Today mesti start balik makan supplement. The rest, biar Allah yg decide. 

Saturday, May 25, 2013

Dear Husband

Dear Husband,
I am sorry I am not a beauty queen,
But I am just beautiful me.
I may not be a good chef,
But I try to cosset you with delicate tidbits.
I am sorry I am not an interior designer,
But our laugh is enough to brighten up our home.
I may not be a good doctor,
But trust me, my touch has cure you.

Dear Husband,
I am sorry I am not a good best friend,
But I try to soothe you when you are down.
I may not be a good wife,
But my love for you will never fade.
Live without you is hard.
I want you to stay by my side,
Facing our ups and downs,
Now, forever, always, until Jannah.

Dear Husband,
I thank Allah for sending you to me,
I love you, Sweetheart.
Happy 1st Wedding Anniversary!

Sincerely,
Your Wife♥



Tuesday, May 21, 2013

Of Failure

Yes, I failed to conceive on Clomid cycle 1. AF was coming last Thursday. But the symptoms that I felt last 2 weeks was a false alarm. Indeed, I was shocked to experience the unusual feeling, like pregnant moms do. I felt nausea (tekak pahit), cramp, nipple sore, huge appetite (but I puked after finish eating). Adalah dalam 3 kali sepanjang 2 minggu tu muntah lepas makan. Dikala itulah, Ribena menjadi teman baik untuk rasa loya. But this time, upon AF arrival, the cramp was unbearable. Plus I got headache. I see my doctors quite often and they gave me medical leave. 

To my surprise, my AF visited me on cd40 without Provera. Alhamdulillah. I really hope my period will regulate after this. So, me and husband decided to stop seeing gov Dr. Because we can't wait too long. Finally, we continue our treatment at a private specialist centre here in Kluang. Little did I know, 3 of my colleagues went to see Dr Luckmal and they manage to conceive afterwards.  

Currently, I am on Clomid Cycle 2. This was prescribed by my new gynae. We have to keep trying no matter what as our marriage will turn 12 months this coming 25 May. Yay! Our anniversary is just around the corner. Meaning to say, honeymoon mode is activated.

I am very excited and looking forward to this getaway. We have planned for Tioman vacation. Will update you guys right after we came home. Atie, Nina tak sabar nak pegi Tunamaya!!! Best sangat tengok picture2 u kat blog masa tu. 

Thursday, May 16, 2013

Sleeping with Broad Smiles

Last night I had an absurd dream. I was in Masterchef celebrity show together with Norish Karman. I remember her the most because of her hair. You'll know if you watch the show. We were assigned to cook 'Asam Pedas' in our own way. 

This is obviously nonsense when I had a sudden urge to go to the washroom and do urine pregnancy test. I did 3 times in a row with 3 big fat positive sign. Weeehoooo. I could remember, I rush to show the UPT strips to husband. And he was smiling happily.

Oh mannnn, it is only a sweet dream. Tu lah sebab asyik fikir je, sampai termimpi2. Today is my dpo14. I did UPT this morning. It was negative. But 2 days ago, I came across this in Fertility Friend apps. And these 2 days, creamy cervical mucus has started to appear. 

Can someone brief me on this? I have no idea what is happening to me currently.

Wednesday, May 15, 2013

Perkara2 Menjengkelkan Yg Buat Aku Emosi

Ya, sasarannya adalah golongan TTC. Mungkin sejak kebelakangan ini aku mula ekstrim membincangkan/berkongsi hal2 TTC. Minta maaf kalau ada pembaca yg bosan. Tp, inilah perjuangan aku & suami. Ya, perjuangan mendapatkan anak, perjuangan menahan emosi yg bercampur-baur, perjuangan menepis persoalan/cakap2 yg mengundang sakit hati, perjuangan membuang sifat dengki & iri hati,  perjuangan mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga. 

Berbalik pd topik. Ada beberapa yg aku senaraikan (lebih banyak terjadi pd aku) yg aku rasa akhirnya mengundang rasa marah/tidak puas hati yg membuak2 dalam hati:



#4  "Dah MENGANDUNG ke?"

Huraian: Aku rasa perkataan 'mengandung' itu adalah soalan direct & sgt besar maknanya. Sepatutnya, perlu digunakan perkataan lain yg lebih berkias.


#3 Ada orang (yg dah berjaya conceive + lahirkan baby) SIBUK UPDATE STATUS aku. 

Huraian: Aku mengaku. Aku jealous. Tapi jangan tanya banyak kali boleh tak? Aku rasa down tau!


#2 "Suka betul awak dgn baby ye. Tapi awak sendiri masih tak ada baby lagi."

Huraian: I was like... Mannnn, u can't say things like that. U just broke my heart!! )= 


#1 "Korang bestlah, boleh dating tengok movie. Anak pun tak ada lagi."

Huraian: Ni yg paling aku panas. Cakap tak guna akal kan? Terus aku emosi. Ingat selama2nya seronok ke kalau tak ada anak hah? Hah? Jawab!!!




Kalau berlaku kat korang, apa yg korang akan react? Ada yg lagi teruk aku dengar sampai bergaduh dgn kawan sekerja. Ish.. Ketahuilah, isu anak ni bukan isu remeh yg boleh diperlekehkan. Golongan TTC jiwanya mudah emosi. Lain kali, fikir guna otak sebelum bercakap boleh? Be considerate!  



Tuesday, May 14, 2013

Jumpa Gynae Baru

Hari tu aku ada cerita pasal simptom2 aku kan.. 2 minggu lepas, 3x aku MC sebab tak larat sangat. Dan 3x jugaklah aku pegi jumpa panel Dr yg berasingan. After one another. Sebab semuanya aku rasa macam tak membantu sgt untuk kes aku. Untuk kali ke4, aku & husband pegi ke Johor Maternity Specialist Centre (JMSC). Kat situ ada Dr O&G. Ya Allah, hujung minggu punya la ramai. Nak kena datang awal utk register. Ramai sgt patient chinese. I wonder. "Bagus sangat ke gynae ni, sampai singapore chinese pn datang.". Aku wonder sebab gynae ni Melayu. So, jarang ada chinese berduyun2 datang. Mesti sebab kebagusan dia.

So, aku register seawal 11.45 am untuk sesi ke2. Sesi pertama pada 8 pagi. Kami tak dapat register pagi tu sebab datang kul 8.30, pendaftaran ditutup. Jadi, terpaksa amik afternoon session. Kali ni dapat register. Syukur. Datang awal pun, turn aku dah no12. Punyalah ramai orang. Dah macam gov. Ok, dah register, tunggu adalah dalam sejam. Then nama start dipanggil.

Ok, bila dah consult dgn Dr Luckmal, dia kata aku ni PCOS. Hormon testosteron ada terlebih sikit. Then dia ada scan ultrasound. Lining dah tebal. "Awak nak period kot? Saya tak nampak pun sac.". Dr Luckmal pun start consult. Dia kata jangan stress sgt fikir pasal anak. Sebab ramai lagi yg macam aku. Dia suggest aku banyak2kan puasa bulan Rejab & Syaaban, malam2 buat solat sunat tahajud. 

Dr pesan kat aku, kena tunggu 2 minggu lagi utk confirm yg aku ni pregnant/tak. Bila dah confirm tak pregnant, kena amik Provera & makan Clomid yg dia dah bagi. CD12 datang lagi klinik buat TVS. Aku suka treatment kat sini. Sebab cepat. So, akhirnya kami decide nak teruskan treatment kat JMSC ni & tak payah pegi gov dah lepas ni. Tak pelah, invest sikit. Bil pun oklah, tak mahal sangat. 1st appointment aku dicaj RM60. 

Sampai sekarang, dah nak masuk 2 minggu simptom aku still ada lagi. Lately jadi sangat penat, mudah mengah. Dan cramp kat lower abs datang on and off. Tekak dah kurang sikit rasa pahit. Oh, apps Fertility Friend yg aku download kata hari ni dpo10. Lusa nak repeat lagi UPT. Rupanya aku tersalah estimate ovulation day. Minggu depan buat blood test utk confirmkan hcG. 

Friday, May 10, 2013

Menanti Jawapan Yang Tak Pasti

Salam Jumaat semua. Today is my dpo16. Semalam ada repeat lagi upt, tapi result still -ve. My first test was on dpo9. Semalam aku MC gara2 bangun pagi perut rasa cramp + kepala rasa pusing. Husband cakap, rehat je kat rumah. Tapi aku cakap, aku nak amik time off je pagi tu, petang pegi keje. Takde maknanya, aku MC terus hari tu sbb kepala pening2 lagi. 

So malam tadi husband bawak pegi panel klinik. Ceritalah kat Dr tu pasal simptom2 yg aku alami sekarang. Aku dah cakap aku test upt dah 2x. Tapi result -ve. Last2 Dr scan, tapi sac pun tak nampak. Dr tu just prescribe ubat loya (tahan muntah) kat aku dan dia suggest repeat balik upt dalam masa 2 minggu lagi. Terlalu awal nak test katanya.

"Dah bape lame u kawin?"
"Nak setahun dah, Dr."
"Oh, Ashraf Muslim kawin 3 tahun dah, tak dapat anak, dia nak kawin lagi. U baca gosip tak?"


Aku senyum je. Malas nak ulas ape yg Dr tu cakap. Dalam hati, "Eh..eh Dr ni. Sempat pulak dia cakap pasal Ashraf Muslim tu" . Huu...frust betul aku, dah 3x pegi jumpa Dr panel (yg berlainan), tapi still tak dapat solution apa yg sebabkan aku rasa simptom2 ni. Esok, nak pegi consult Gynae kat Johor Maternity Centre.

Semalam dinner, nafsu makan aku, masyaAllah...rasa macam nak order macam2. Bila dah abis makan nasi sepinggan dengan tomyam sayur, boleh pulak aku makan french fries lagi. Terbuntang mata husband tengok aku makan. Hee. Balik rumah je rasa penat yg amat. Badan sakit2 + lesu je. Mengalahkan orang yg keja. Padahal sepanjang hari tu aku MC + banyak tidur je. Last2, terlelap kat couch sampai ke pagi. Tengok2 husband tidur kat atas karpet sebelah couch tu. Poor husband! 

Konklusinya, aku jadi serba salah sekarang. Tak keruan sejak seminggu ni. Yelah, kalau pregnant, aku kena cancel honeymoon trip ke Tioman 23 Mei ni and maybe tak boleh naik flight buat masa ni. Aku masih ternanti2 jawapan yg tak pasti. )=


Tuesday, May 7, 2013

Tanda Hamil atau Menyerupai Tanda Hamil?

Hi semua. Aku perlukan pandangan korang. Sejak Khamis lepas yg aku cerita pasal ni, tekak aku sentiasa rasa pahit. Ala, pahit yg mcm nak start demam tu. Kalau tengok makanan memang bernafsu, tapi bila dah siap makan, rasa macam nak keluar balik. Tapi tak muntah. Just rasa loya. 

Hari Khamis tu ada aku cerita aku berlari pegi sinki toilet sebab tak tahan sgt rasa loya tu. Maka, keluarlah sikit muntah. Lendir je banyak. *Sorry, if I disgust you* Then kepala ada la rasa sedikit dizzy. Pening2 lalat gitu. Lepas hari tu, ada rasa mild cramp kat bawah perut. Rasa macam nak period. Dalam hati, "Eh, clomid ni tolong nak betulkan period aku ke?". Sebab aku period bulan lepas pd 5 April. Agaknya, nak masuk cycle baru la tu.

Tapi keadaan menjadi lebih teruk, bila aku travel balik kampung husband kat Negeri Sembilan, aku rasa lesu je badan. Kepala dah pening2 lalat + tekak pahit + loya. Siap mintak husband stop kat petrol station sebab dah tak tahan nak muntah. Then bila sampai toilet lepas siap2 buang air, terus terkeluar muntah tu. Then request husband belikan ribena. Fuhhh, nyamannya rasa!

So, kawan2 TTC, kenapa eh macam ni? Kesan clomid ke? Or hormon jadi haywire? Aku rasa tekak pahit + loya + cramp + nipple jd sensitif (sakit wooo kalau terkena baju & air) + BBT kekal tinggi. FYI, today is my dpo13. Aku ada buat UPT pd dpo9, tapi -ve. Takut pulak nak test lagi. Sebab takut kecewa.