Showing posts with label Of Engagement. Show all posts
Showing posts with label Of Engagement. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Random Review of My E-Day #1

Let these photos do the talking (=


Ya Allah, berkatilah hubungan ini. Amin..



The backbone of mine. Love u all to bits!



BF of mine. She's freshly married last week.



Another BF of mine. She's getting married also. #sobs

Tuesday, September 6, 2011

Meet and Greet Session

A session with my future MIL. Ketaq tangan time ni.

Alhamdulillah, I'm officially engaged! Terima kasih Allah atas perasaan yg dipinjamkan padaku. Kau berkatilah hubungan ini sehingga akhir hayat kami. Amin..

Thursday, August 11, 2011

DIY Lebih Jimat, Lebih Puas Hati

Salam semua! Amacam puasa? Kita ni pagi2 dah mengantuk. Haiyaaa... Low oxygen level.. Danger! Danger! So, tangan pun menaip la kan.. (Ni edisi membebel). Ok, cut the crap, kita sebenarnya kesian kat mama dok pulun siapkan hantaran anak sulung dia ni. Tengok dari hasil kerja mama, dia sangat teruja untuk majlis raya ni. Kita pun!. MenDIY ni memang best, dapat kepuasan & lebih jimat. Design dah boleh ciplak internet/website vendors. Banyak ah! Majalah pun ada. Cuma nak/tak je.. Yang penting effort kena kasi lebih!

Kalau boleh semua nak DIY. So far, yang sedang menunjukkan kemajuan adalah hantaran. Suka tengok. Thank you Mama! Love you to bits!♥ Then, kami akan berusaha untuk DIY mini pelamin. Ayah dah volunteer nak buatkan platform. My job is, to purchase white cloth to cover the platform. Nak cari kat IKEA, tapi Batu Pahat-Damansara tu berapa jauh ha?? So, beli kat kedai kain je. Keliling platform boleh bubuh fresh flowers. Sukanya! Then, untuk tabir, we will use night curtain & sheer curtain. Nanti akan letak disco ball kecil2 & dangling. Banyak variety jugak kat SSF. Ottoman cushion pun DIY juga, tapi bentuk 4 segi. Cushion cover beli je kat KAMDAR, tapi dah tambah tassel, bagi lebih cantik.

Untuk doorgift, kami dah decide nak bagi choc bubuh dalam kotak anyaman. Nampak old school kan? Tapi Supermama telah mencantikkan kotak2 tu dengan riben & bunga kecil2. Yang penting lebih jimat & puas dengan hasil tangan sendiri. Err..tangan ibuku sebenarnya. Kita tolong2 je.

For hand bouquet, serahkan juga pada Supermama! Nampak senang je nak buat. Cuma poket kena standby kasi tebal nak beli fresh flowers. Oh ya, baju? Ha.. memang buat sendiri, hantar tailor. Tapi bila lama2 tengok, macam tak berapa nak sesuai untuk majlis. Apa lagi, weekend ni wajib serbu Plaza Angsana, JB! Baju2 dah siap dia, kemain lawo lagi... Boleh tawo kaw2 ni!

MUA semua dah settle. Alhamdulillah. Harga pun cun. Kasut comel pun dah beli, time sale gila2 kat Jusco Bukit Indah. Memang terus sambar! Murah gile!

My weekend is super hectic. Have to run a list of errands. Kena cepat2 bereskan. 2 minggu terakhir Ramadhan tak mau hunting2 dah. Nak fokus kat rumah. Lagipun tak elok kan, dah almost berdarah manis. Elok duduk rumah je. Ya Rahman, mudahkanlah urusan kami. Amin...


Tuesday, August 9, 2011

Photobook : Should I Go For This?

My aunt has suggested to buy this Photo Album by Phototalkz for my pre big day photobook album. Murah pun murah. Mana nak dapat RM88 ni beb? I really wanted to DIY my album including photoshot by my cousin, editing and printing by myself. Then, Phototalkz just crossed my mind. It's a cheaper way though!

The thing is, I'm not clear with the regulations. Siapa ada experience beli ni? I need your help. Yang aku faham once we purchased the voucher, you'll receive a software to do the editing. And finally, you have to send back to Phototalkz for printing. After 5 days, you'll receive your album. More or less macam ni la album diorang tu. Lawa kan?




Tuesday, July 26, 2011

Thursday, July 21, 2011

Buku Catatan




Buku catatan yang DIY. Tak de la lawa & kreatif.
Yang penting senang nak diangkut, selesa untuk menulis.
Korang dah ada belum buku catatan untuk Big Day?
Yang belum ada, sila usahakan.
Senang untuk dokumentasi segala tok nenek bajet, resit, senarai semak, senarai mak andam, etc.

Ok, bai!~

Tuesday, July 19, 2011

Of Hantaran: Checklist #2

43 days to go. I still have a few things to buy/do:

  1. Kain for him. *Wajib ke Prima Moda lagi Jumaat ni*
  2. Perfume
  3. Wallet
  4. Kain lining
  5. Survey kek
  6. DIY doorgift bags

Sunday, July 17, 2011

Day 17: Something I'm Looking Forward To

Of course my pre big day! Nak pakai cantik2, plus banyak photo session. Yay! Semoga dipermudahkan. Amin..

Monday, July 11, 2011

Hunting: Hantaran Part I

Day 1


Dah kata dah, my weekend will be super hectic. Minggu lepas aku & mama 2 hari serbu JB. Nak buat hantaran sendiri memang macam ni la. Kena rajin berjalan & hunting. Stop #1, singgah Pekan Ceramik Air Hitam, survey cembol2 & ribbons. Tiba2 termasuk pulak kedai karpet, tak pasal2 melayang duit beli 2 karpet. OMD! (Oi Mak Datuk) karpet sangat cantik & murah. Hadoiiii.. expenditure sudah lari. Kena buat virement.

Lepas solat shoot terus ke SSF. Alhamdulillah, tak payah GPS dah boleh sampai. Senang je. Kat SSF dah rambang mata. Semua nak grab. Mama cakap bunga2 artificial kat sini are much better dari Air Hitam. Geram dik oi tengok crystal vase. Sempat jugak sambar dangle untuk my DIY mini dais. Plus, beli jugak la disco ball kecik.

Almost 4 jam jugak dalam SSF. Then lepas solat je straight to Plaza Angsana. Hunting for songket. OMD! Memang cantik2. Kalau nak songket lawa, boleh pegi Danial Haikal Collection, Level 3, Plaza Angsana. Design baru + harga pun cantik. Gila kau songket mahal2 sampai 3 ribu. Pengsan!~


*****
Day 2

Last stop at Jakel Tampoi. Grab songket for him. Alhamdulillah dapat jugak. Design terbaru, match dengan banyak baju. Bargain punya bargain, at last beli jugak. Kesimpulannya, penat tau hunting. Nama pun hunting, so kena letak extra effort, energy & poket kasi tebal.

Hunting Part I dah selesai, next week sambung lagi. Biar penat sekarang. Bulan Ramadhan duduk rumah tambah ibadat. InsyaAllah.. Ok, babai!~

Friday, July 1, 2011

Countdown Starts

*Gulppp* The time bomb is ticking..I have to work my plan accordingly..No stress! We deserve nothing but the best!

days to go! *nail-biting*


Ya Allah, permudahkan urusan kami..

Wednesday, June 29, 2011

Tips Penjagaan Dalaman Bakal Pengantin

*Sila baca dengan gaya pengacara Wanita Hari Ini (=*



Penjagaan kesihatan dalaman merupakan aspek yg penting untuk menyerlahkan kecantikan luaran & meningkatkan tahap kesihatan. Kecantikan seseorang bakal pengantin, bukanlah hanya melalui tatarias wajah oleh sentuhan andaman, malah kesihatan dalaman yang membantu mencantikkan dan menambah seri wajah.




Berikut merupakan cadangan makanan tambahan untuk amalan kesihatan bakal pengantin;


1. Minyak Evening Primrose. Nak tau khasiatnya? Baca entri ini.




2. Jamu Almira Mak Dara.

Sumber: Mak Dara






3. Spirulina/Alga Biru-Hijau. Baik untuk merawat alergi, banyak anti-oksidan yg melawan radikal bebas.





4. Brands InnerShine Pati Prun. Untuk keserian wajah, kaya dengan anti-oksidan & kolagen. Nak cantik macam Maya Karin? Cuba ni ye..


Selamat mencuba ye bakal pengantin/bakal tunangan. Saya sedang mengamalkan kesemua ni. Memang perlu memperuntukkan sejumlah wang, tapi hasilnya untuk kebaikan diri jua kan...





Tuesday, June 28, 2011

My Color Palletes Selection

Colors do play an important role in choosing your big day outfit as well as the decorations. Hence, they bring uplifting mood that finally will unleash your confidence. It's really essential to choose a perfect color that will match your mood & your theme. Here's my selection for my pre-big day ceremony.


Shades of soft blush to honeysuckle








Nice one! I've planned to use this color for my pre-big day. Oh, countdown will start on 1st July. Terribly trembling yet I'm happy for this!


Thursday, June 23, 2011

Bila Banyak Benda Nak Kena Fikir

Banyak benda dah masuk dalam kepala hotak sekarang, checklist dah kena buat, but I don't have the momentum to work my plans. Macam mana daa... I got less than 3 months to prepare all such things. Nasib baik baju dah hantar tailor, can't wait to see the baju! My next project will be; to add on some detailing i.e beading yang bling-bling, then once semuanya ok, mama & myself akan memang busy every weekend. Yay! Mau survey deco2. Here's the summary, supaya senang haku nak refer plan (memandangkan Journal of a Bride2be belum siap2 lagi) *sebab diriku yang begitu 'rajin'*
  1. Survey tempat/personnel yang boleh rent tepak. Anyone?
  2. Tangkap, tanda, lepas & tangkap semula MUA.
  3. To book platform, shaggy carpet, ottoman cushion, big bouquet untuk mini dais. Nak DIY aje. Jimat $$$.
  4. To book caterer
  5. To book canopy
  6. To book pakcik sate. Yes! Book dengan pakcik sekali untuk kipas sate.
  7. Beli barang2 hantaran. Ni last minute punya projek.
  8. Doorgift

Frankly speaking, baju raya aku baru ada sepasang. Mood busy & nak t****g mengatasi segalanya. Semoga dipermudahkan. Aminnn..