Friday, June 14, 2013

Rasa Malas Nak Fikir Dah..

2 minggu lepas, kesihatan aku teruk. Demam yg panjang dan berbalik2 pulak. Hujung Mei dah start batuk teruk. Kena bila lepas balik Tioman hari tu. Batuk yg sakit dada dan pening kepala. Chesty cough. Hari Khamis tu aku MC sbb tak larat. Husband dah tolong bawak balik ubat dari hospital sehari sebelum tu. Tapi tak jalan. Keadaan lg teruk bila pegi Kota Bharu pd 1 Jun haritu. Travel naik bas from Kluang to KL, badan rasa dedar2 je. batuk toksah ceritala... Tahap teruk punya. Tunggu pulak kat LCCT. Damn, ramai umat manusia. Sesak nafas aku. Dah macam bus stand dah. 

Bukan nak kutuk ke apa, haritu 1st time aku ke LCCT. Teruknya la amenities dia. Toilet kotor. Aku cakap kat husband,"This is what we get when we pay less.". Nak tempat kondusif, kita naik MAS next time. Maghrib touch down kat Kota Bharu. Badan dah start panas. Malam tu terus demam. Panas badan. Bila bersalam dan peluk makcik2, semua suruh rehat. Esoknya, terus gi klinik. Sampai balik Kluang pun, still belum recover. Last2 MC lagi 2 hari. Terus gi KPJ. Alhamdulillah, batuk makin baik, selesema je belum reduce. 

Dah 2 minggu jugaklah, usaha TTC terabai. BBT mmg dah tak amik lagi sebab demam. Suhu memang tinggi. Tak boleh nak indicate apa2. 2 minggu jugaklah, dah jadi malas nak telan asid folik, pati delima dan VCO. Sebab banyak sangat ubat kena telan sebab demam.

Sampai ke hari ni, aku rasa malas betul nak check BBT. Maybe my gynae was right. "U tak payah fikir pasal BBt ni, buat u lagi pening." So, sekarang aku dah stop amik BBT. To my surprise, time badan tak sihat minggu lepas, boleh pulak ada mucus EWCM. Sangat lama aku tunggu. Terus bagitau husband, "Saya rasa saya ovulate.".

Sekarang, dah malas nak baca2 artikel pasal TTC, sebab tak nak rasa stress. Ikut je flow. Today mesti start balik makan supplement. The rest, biar Allah yg decide. 

5 comments:

ummi inas said...

rest bnyak2 ya nina,rerajin mkn ubat..tak pyh kita stress sgt fkit about ttc,ada la jgk nti tu bila da tiba waktu nya..

sweet tooth said...

Betul nina, stress not good for u. Just take it easy for a while... Nanti dah ada mood u can continue :-) hopefully u r feeling better already... Take care...

BaTiK_PiNk said...

Nina, ehhh lebih kurang sama je situasi kita kebelakangan ni! Yani demam panas on and off dah hampir sebulan. Batuk dan selesema tak sembuh-sembuh ni. Yani pun mmg ada pasang niat nak start buat bacaan bbt masa CD1 clomid cycle ni tapi bila teringat someone says kalau demam bacaan bbt jadi haywire, tu yg x buat pun bbt.....

Nina Aman said...

Ummi inas: thank u..skrg ni cuaca jerebu lg kena jaga kesihatan..

sweet tooth: i just nak concentrate on supplement + manage my stress + doa byk2.

batik_pink: take care ye...tmbh2 skrg jerebu ni..

Farhah said...

hai..i singgah bace blog u..since we are in TTC journey, jom kawan!:)