Monday, October 1, 2012

Onde-onde Bulat

Lama tak update blog.
Busy dengan rumahtangga. Hikhik.
Hari ni nak share resepi kuih onde-onde a.k.a buah melaka yg sesuai untuk minum petang.
Actually, this is a longgggggggggggggg overdue post. *penekanan pd huruf G yg banyak*.
Kuih ni dibikin masa puasa hari tu. Tapi hari ni baru ada semangat nak blogging balik.
Check this out.


Bahan-bahan:

1. Tepung pulut
2. Daun pandan
3. Pewarna hijau *optional*
4. Gula melaka or gula apong
5. Kelapa parut
6. Garam


Pewarna ni yg paling femes. Dapatkan di kedai runcit berdekatan. Kalau tak nak letak pawarna ni pun tak pe.

Ni lah penyedap dia. Ekstrak daun pandan. Rasa pandan & warna hijau yg asli. Just blend banyak2 daun pandan yg dipotong dengan air.

Adunan ni adalah tepung pulut yg dibancuh dengan sedikit air, ekstrak pandan & beberapa titik pewarna. Gaul semua sampai dapat this consistency.

Gula Melaka yg diketuk sedia untuk disumbat dalam adunan tepung tadi.

Adunan tepung yg digentel bulat & dah disumbat gula Melaka. Saiz ikut masing2. Ni yg bite-size. Ngap sekali je. *ni hasil kerjasama suami isteri*

Tuangkan kelapa parut di pinggan besar & tabur secubit garam utk enhance rasa lemak dia. Rebus onde2 tadi sehingga timbul & toskan. Golekkan di atas kelapa parut ni.

Onde-onde siap dihidang. Hari tu buat dapat banyak. Adalah rezeki jiran2 rasa air tangan suami isteri ni. (=


Senang je nak prepare kuih ini kan..
Mudah & cepat!


2 comments:

fiqkbe said...

sedap nyer... nama lain nyer buah melaka kn?

NINA AMAN said...

@fiqkbe: hehe..mmg sedap..fav nina ni..