Wednesday, June 26, 2013

Kegilaan Apakah Ini

Gila! Aku cakap dalam hati. Haritu kat head office ada meeting pembentangan bajet 2014 untuk research. Kaw-kaw permohonan aku kena reject macam tu. Katanya, expenditure tu terlalu banyak, so apply kepada board projects. Grrr. Aku geram. Sebab penat menunggu meeting yg panjang, tambahan pulak application ditolak. Macam mana nak buat research kalau takde duit? Last-last aku tinggalkan bilik meeting bila group aku dah settle present bajet. Maleh den nk menunggu lamo2. Hati dahla paneh. Baik balik Johor jumpa laki aku.

Gila! Aku ni masih dok kat takuk lama. Yelah, ada certain kerja yg aku suka procrastinate. Especially report writing and scientific paper synthesis. Hoi Nina, silalah sedar yg dah 4 tahun paper masih belum publish. Habuk pun tadak! Kalau buat management aku laju je. Ntah la kegilaan apa ni. Aku macam penat jadi saintis. Korang pernah tak alami bangun pagi2, bila nak ke office tu kata, "Harini aku nak buat ape eh?". Ha, macam tu la yg aku rasa kadang2 setiap pagi. Gila kan?

Gila! Aku ni suka tidur. Asal balik lunch break, harus landing di katil, nap dalam setengah jam. Asal balik office kul 5, masuk rumah tukar baju, bam-bam jap. Lepas maghrib, bam-bam lagi depan tv. Lepas dinner pun, bam-bam lagi. Haishhh. Patutlah kau tembam Nina! 

Gilaaaaa! Sedar tak sedar ni dah sem 4 aku kat graduate school. Gila tak sebab aku belum mula Bab 1? Bilalah tangan ni nak gigih mengetuk keyboard. Malam2 stay up buat thesis? Takdenya, kat rumah schedule aku lain. Jadi, bilanya ko nak siapkan thesis Nina oi???

Gila cekal! Aku baru tau yg Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) tu dibina sebab beliau sendiri pernah mengalami 16 kegagalan utk conceive plus 6 miscarriages. Sekarang, dia berjaya membesarkan 6 orang healthy and happy children. What a bliss! 

Gila! Jerebu akibat perbuatan bodoh beberapa syarikat di Sumatera buat kami semua sesak nafas, batuk2, selesema, sakit tekak. Semalam Johor dilimpahi hujan rahmat. Alhamdulillah. Dapatlah kurangkan jerebu. Esok2, bila dah subside, aku dan husband nak start cycling balik. Weehoo!


3 comments:

sweet tooth said...

inilah namanya kehidupan :-) hehehe... Good luck siapkn tesis nina...

Atie Nash said...

Hehe i pun saintis dan i pun pernah rasa mcm tu tapi tu masa i xdpt peluang utk buat research. Tapi skrg i rasa masa x cukup sbb terlalu byk bnde nak buat sampaikan DH pun kecil hati tgk I lebih pentingkan kerja I dari dia, dari urusan kat rumah. Huhu i agree dgn sweet tooth..ni la adt kehidupan...cuma kita yg tak tahu nak balance kan...

Nina Aman said...

sweet tooth: yup...tak mo mengeluh2 dah...

atie: i je yg bz outstation...sian husb tinggal 5 hari kat rmh..