Wednesday, May 15, 2013

Perkara2 Menjengkelkan Yg Buat Aku Emosi

Ya, sasarannya adalah golongan TTC. Mungkin sejak kebelakangan ini aku mula ekstrim membincangkan/berkongsi hal2 TTC. Minta maaf kalau ada pembaca yg bosan. Tp, inilah perjuangan aku & suami. Ya, perjuangan mendapatkan anak, perjuangan menahan emosi yg bercampur-baur, perjuangan menepis persoalan/cakap2 yg mengundang sakit hati, perjuangan membuang sifat dengki & iri hati,  perjuangan mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga. 

Berbalik pd topik. Ada beberapa yg aku senaraikan (lebih banyak terjadi pd aku) yg aku rasa akhirnya mengundang rasa marah/tidak puas hati yg membuak2 dalam hati:



#4  "Dah MENGANDUNG ke?"

Huraian: Aku rasa perkataan 'mengandung' itu adalah soalan direct & sgt besar maknanya. Sepatutnya, perlu digunakan perkataan lain yg lebih berkias.


#3 Ada orang (yg dah berjaya conceive + lahirkan baby) SIBUK UPDATE STATUS aku. 

Huraian: Aku mengaku. Aku jealous. Tapi jangan tanya banyak kali boleh tak? Aku rasa down tau!


#2 "Suka betul awak dgn baby ye. Tapi awak sendiri masih tak ada baby lagi."

Huraian: I was like... Mannnn, u can't say things like that. U just broke my heart!! )= 


#1 "Korang bestlah, boleh dating tengok movie. Anak pun tak ada lagi."

Huraian: Ni yg paling aku panas. Cakap tak guna akal kan? Terus aku emosi. Ingat selama2nya seronok ke kalau tak ada anak hah? Hah? Jawab!!!




Kalau berlaku kat korang, apa yg korang akan react? Ada yg lagi teruk aku dengar sampai bergaduh dgn kawan sekerja. Ish.. Ketahuilah, isu anak ni bukan isu remeh yg boleh diperlekehkan. Golongan TTC jiwanya mudah emosi. Lain kali, fikir guna otak sebelum bercakap boleh? Be considerate!  



6 comments:

BaTiK_PiNk said...

Nina....kadang kalau diuji dengan lidah tajam orang-orang macam ni, Yani tunggu masa je nak cakap mcm ni depan diorunk..."Anak tu amanah dan pinjaman sementara dari Allah, anytime Allah boleh ambil balik."...nak tgk apa diorunk balas balik!

ummi inas said...

ye setuju.memang menyakitkan hati.kadang2 bergelinang air mata yang cuba tuk di tahan,memang tiada siapa yang faham perasaan kita nie kan..

Nina Aman said...

batik_pink: kdg2 geram sampai nangis sbb stress dgn org2 mcm ni...

ummi inas: sy kalau dah thp geram mmg boleh nangis.nape diorg tak fhm perasaan golongan TTC?diorg kena fikir dulu sblm bercakap..

sweet tooth said...

ada sorang tu pernh tanya i 'ko x subur ya?'. I was too dumbstruck to answer her question n just let it go. Dlm hati, Allah je yg tahu perasaan i.

Nina Aman said...

Sweet Tooth: hoihhh..melampau na tu...ish...nak cili je rasa...yg tanya tu dah kawin ke blom?

sweet tooth said...

kawin dah dia tu nina... Kadang x tpikir ada org nk tanya soklan cm tu. Huhuhuhu