Tuesday, May 14, 2013

Jumpa Gynae Baru

Hari tu aku ada cerita pasal simptom2 aku kan.. 2 minggu lepas, 3x aku MC sebab tak larat sangat. Dan 3x jugaklah aku pegi jumpa panel Dr yg berasingan. After one another. Sebab semuanya aku rasa macam tak membantu sgt untuk kes aku. Untuk kali ke4, aku & husband pegi ke Johor Maternity Specialist Centre (JMSC). Kat situ ada Dr O&G. Ya Allah, hujung minggu punya la ramai. Nak kena datang awal utk register. Ramai sgt patient chinese. I wonder. "Bagus sangat ke gynae ni, sampai singapore chinese pn datang.". Aku wonder sebab gynae ni Melayu. So, jarang ada chinese berduyun2 datang. Mesti sebab kebagusan dia.

So, aku register seawal 11.45 am untuk sesi ke2. Sesi pertama pada 8 pagi. Kami tak dapat register pagi tu sebab datang kul 8.30, pendaftaran ditutup. Jadi, terpaksa amik afternoon session. Kali ni dapat register. Syukur. Datang awal pun, turn aku dah no12. Punyalah ramai orang. Dah macam gov. Ok, dah register, tunggu adalah dalam sejam. Then nama start dipanggil.

Ok, bila dah consult dgn Dr Luckmal, dia kata aku ni PCOS. Hormon testosteron ada terlebih sikit. Then dia ada scan ultrasound. Lining dah tebal. "Awak nak period kot? Saya tak nampak pun sac.". Dr Luckmal pun start consult. Dia kata jangan stress sgt fikir pasal anak. Sebab ramai lagi yg macam aku. Dia suggest aku banyak2kan puasa bulan Rejab & Syaaban, malam2 buat solat sunat tahajud. 

Dr pesan kat aku, kena tunggu 2 minggu lagi utk confirm yg aku ni pregnant/tak. Bila dah confirm tak pregnant, kena amik Provera & makan Clomid yg dia dah bagi. CD12 datang lagi klinik buat TVS. Aku suka treatment kat sini. Sebab cepat. So, akhirnya kami decide nak teruskan treatment kat JMSC ni & tak payah pegi gov dah lepas ni. Tak pelah, invest sikit. Bil pun oklah, tak mahal sangat. 1st appointment aku dicaj RM60. 

Sampai sekarang, dah nak masuk 2 minggu simptom aku still ada lagi. Lately jadi sangat penat, mudah mengah. Dan cramp kat lower abs datang on and off. Tekak dah kurang sikit rasa pahit. Oh, apps Fertility Friend yg aku download kata hari ni dpo10. Lusa nak repeat lagi UPT. Rupanya aku tersalah estimate ovulation day. Minggu depan buat blood test utk confirmkan hcG. 

6 comments:

Atie Nash said...

In shaa Allah ada ni...hehe
Amin2

Nina Aman said...

Atie: mudah2an...inshaAllah. eh, jay dah deliver ke?

mama munif said...

mama doakan adalah reski nina ni....aamiin3x..

Nina Aman said...

Mama Munif: inshaAllah..thanks mama munif! (=

Anonymous said...

Assalamualaikum..kak nina sy syiok duk ikut perkembangan akk..sy pn dh setahun gak kawen tp xde rezeki lg..sy pernah gugur ujung thn lepas..ape akk rase tu sume sy rase..stress bile org tanye..tp bile tgk opismate sy ade yg 6 thn tggu xde anak sy beljr bersabar n kurangkan stress pasal anak ni..tp usaha ttp kene usaha kn..semoga ade berita gembira buat akk.

Nina Aman said...

Adik anon. : thank u sbb sudi singgah baca bebelan akak..kita stress kalau org sekeliling tak cuba nk faham apa yg kita rasa kan...kdg2 diorg ckp ikut sedap hati je kan tnpa fikir perasaan kita. takpe, kita usaha TTC same2...inshaAllah! (=