Monday, July 25, 2011

Aku Cemburu!

Ni bukanlah entri emo, PMS atau dengki. Cuma aku kagum dan cemburu dengan kakak yang kerja menghantar surat di pejabat aku. Kenapa? Sebab dia mendapat senaman percuma dengan berjalan kaki di sekitar pejabat, pergi ke unit2 lain menghantar surat setiap hari. Cuba kira jumlah kalori yang terbakar semasa dia berjalan selama setengah jam. Patutlah kakak tu ramping, sihat dan cantik. Umur dia aku agak dah nak masuk 50 kot. Tapi berjalan kaki, perghhh, memang laju. Aku kagum!

The point is, staf2 yang menghabiskan banyak masa di tempat duduk lagi rugi daripada berjalan menghantar surat. Aku nak jugak berjalan percuma macam tu. Nak bersenam memanglah sangat jarang. Jeles!

Kalau nak kekal sihat, kekalkan bentuk badan, berjalanlah setiap hari. Ok? Tata~

No comments: