Tuesday, July 12, 2011

Adakah Orang Yg Menipu Patut Dimaafkan?

Menipu, berbohong? Ada ke manusia yg tak pernah langsung menipu? Meh sini nak jumpa. Kita ni manusia biasa. Tak sempurna. Sedangkan Rasullullah insan yg paling mulia pun hari2 memohon ampun pada Allah. Bila kita kaji, ada banyak sebab manusia menipu. Sanggupkah memaafkan? Meh kita tengok kenapa manusia menipu.

  1. Menipu kerana menyelamatkan diri, namun orang lain yg menjadi mangsa. *Ni aku pernah kena. Nanges woo...*
  2. Menipu untuk menjaga hati orang. Memberikan alasan yg enak didengar sahaja.
  3. Menipu untuk kesenangan hidup & kekayaan. Ini dalam kes membelot atau songlap duit syarikat.
  4. Menipu untuk mengaburi mata orang yang kurang berilmu untuk menjatuhkan seseorang. Ni termasuk mengeluarkan fitnah.
  5. Menipu kerana malas & suka mengelak daripada tugas2.
  6. Menipu dengan alasan bodoh untuk menyakitkan hati orang.

Walau macam mana sekali pun, pokok pangkalnya, mampukah kita memaafkan si penipu? Sangat subjektif kan..

2 comments:

Sheherazade said...

no 2 xpe?rasenya

Nina Aman said...

no 2 ni tak pe kan..tapi utk org2 yg kita syg, kdg2 kena berterus terang. Truth hurts.