Monday, March 14, 2011

Hari Isnin Yg Sedih...

Hari ini byk benda aku belajar, tentang kematian, tentang erti memaafkan & persahabatan. Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan & anak2 soleh yg sentiasa mendoakannya. Bila menziarahi si mati, besar manfaatnya kerana mengingatkan kita tentang kematian, tentang usaha utk lebih mendekati Allah.. Sedih, sebak, hari ni seorang sahabat 1 makmal pergi mengadap Ilahi. Kulihat isteri, anak2 & cucu yg ditinggalkan.. Sayu rasanya. Syukur aku sempat menziarahi Arwah semasa beliau terlantar di hospital.
Perkara ke-2 yg aku belajar, tentang kemaafan. Maaf adalah perkataan yg dapat menyejukkan api yg membara. Dengan memaafkan seseorang, hati akan jadi lebih tenang. Aku redha pemergian sahabatku & kami semua telah mengampunkan dosa2 Arwah. Sebak bila teringat ketika kami semua menghadiri Team Building di PD pada tahun lalu. Arwah seorang yg peramah, suka mengusik. Di hari kematian Arwah, kulihat ramai yg hadir, hampir 1 ofis yg datang menziarah. Syukurlah, semoga doa kami sampai ke sana demi kesejahteraan Arwah. Al-Fatihah...
p/s: Mood keja hari ni: Gloomy )=

2 comments:

MOHD RADZI said...

Al-Fatihah...semoga roh Allahyarham di tempatkn di kalangan org2 yg beriman.amin..

Nina Aman said...

tqvm...org teringat2 kat arwah...huu..