Thursday, November 25, 2010

Cleaner Pun Boleh Pakai Blackberry Tau!!!


VS


Ni cerita yg saya dengar dari someone.
******

Beberapa Exec muda menunggu di ruang rehat sebuah agensi sementara menunggu seminar bermula. Seorang mak cik cleaner sedang mengemop lantai, tiba-tiba henpon dia berbunyi. Lalu, kelihatan sebuah telefon hitam berkilat. *Blackberry Storm tu!!* Lalu, Mak Senah (bukan nama sebenar) menjawab dan bercakap di talian.

******

A: Tu...tu..nampak tu...Blackberry seyyyy... *berbisik sambil muncung menghala Mak Senah*

B: Ye ke?? No way Mak Senah nak pakai smartphone mahal! Blueberry kot...

A: Ye lah.. Betul... Storm la.. Aku dapat beza la.. Ala, nak heran apa.. Biarlah dia.. Jeles ke?

B: Ala...berhutang la tu.. Pakai mahal2 tapi hutang.. Lagipun dia kan cleaner je.. Mana mampu bayar ca$h! Tak pun hanset curi ke...

A: Eh kau ni.. Tak baik la buruk sangka... Sekali anak dia bg birthday present ke.. Mak Senah kan ada anak2 yg dah keje...

******

Esoknya, seorang mak cik cleaner (nama Kak Jun- juga bukan nama sebenar) menyapu bilik seorang Exec ni..

KJ: Cik A dah sarapan?

A: Dah kak.. Akak, nak tanya, anak2 Mak Senah berapa ramai? Semua keja KL ke? *straight to the point. Nak kepastian!*

KJ: Oh..anak dia ada 5 org. 3 kat KL. 1 kat Sydney, 1 kat LA. Keje kat sana.

A: Wah.............bestnya...semua anak2 dia berjaya.

KJ: Aah Cik A..Hanset, bil line hanset, bil Astro, dgn semua bil dia semua anak dia tanggung. Kadang2 video call lg dgn anak2 kat oversea..Beruntung Mak Senah tu..

A: Napa Mak Senah keje? Kan dah senang.. Anak2 dah bantu..

KJ: Dia yg suka keje.. Anak2 dia kata tak payah keje.

A: Syukurlah.. Agak2nya anak2 saya nanti buat mcm tu tak kat saya?

KJ: Ha..kalau nak tau, cepat2 kawin & cepat2 dapat baby. *ni punchlinenya*

A: Hahahaha...ke situ pulak akak ni..

*****

Kak Jun pun siap menyapu dan beredar. Tu la, jangan cepat buruk sangka!!! Rupa2nya orang tu Allah limpahkan dia dengan rezeki... (=

2 comments:

HaNiM said...

saya pun pernah keje cleaner & dpt beli mcm2 dgn duit hasil cleaning...jangan pandang pada pekerjaan tapi lihat pada impian...

Nina Aman said...

yes..impian.dan saya sdg mengimpikan Storm!